// M U A Z
M U A Z Z A


ASSALAMUALAIKUM

POST KALI INI SAYA INGIN BERKONGSI SEDIKIT ILMU UNTUK PEMINAT IKAN LAGA ATAU BETTA FISH. SELAIN DARIPADA MEMELIHARA KITA BOLEH JUGA MEMBIAKKAN IKAN HIASAN TERSEBUT MELALUI LANGKAH-LANGKAH DAN CARA-CARA YANG BETUL.

BARANG YANG PERLU DISEDIAKAN:

1.      BEKAS AKUARIUM KECIL X2 (UNTUK PROSES PENGENALAN)
2.      BEKAS AKUARIUM YANG LUAS (UNTUK PROSES MENGAWAN)
3.      (POTONGAN PLASTIK KECIL BERUKURAN 5X5 @ MEMADAI UNTUK PENGHASILAN BUIH ATAU DAUN BERSAIZ SEDERHANA) X1
4.      INDUK JANTAN X1
5.      INDUK BETINA X1
ANTARA LANGKAH UNTUK MEMBIAKKAN IKAN LAGA TERSEBUT IALAH:

LANGKAH PERTAMA (SESI PENGENALAN)


IKAN TERSEBUT PERLULAH DIBIARKAN DALAM BEKAS YANG BERASINGAN BAGI SALING MENGENALI PASANGANNYA BAGI PROSES MEMBIAK. SEBELUM ITU PASTIKAN INDUK IKAN JANTAN DAN IKAN BETINA ANDA SUDAH CUKUP MATANG UNTUK DIBIAKKAN ATAU DENGAN KATA MUDAHNYA BERUMUR LEBIH 3BULAN DAN BERSEDIA UNTUK DIBIAKKAN. CARA MENGETAHU IKAN JANTAN SUDAH SEDIA UNTUK DIBIAKKAN IALAH DENGAN AKAN ADA KELIHATAN BUIH-BUIH PUTIH YANG ADA PADA PERMUKAAN AIR DALAM BEKAS YANG ADA INDUK JANTAN TERSEBUT.

LANGKAH KEDUA (SATUKAN TEMPAT INDUK)

MASUKKAN INDUK JANTAN DAN BETINA ANDA DALAM DALAM SATU BEKAS YANG MEMPUNYAI RUANG YANG LUAS DAN PASTIKAN AIR DI DALAM BEKAS TERSEBUT BERSIH UNTUK ANAK-ANAK IKAN TERSEBUT. DAN LETAKKAN POTONGAN PLASTIK KECIL PADA PERMUKAAN TERSEBUT DALAM UKURAN 5X5 ATAU DAUN BESAR YANG BOLEH TERAPUNG PADA PERMUKAAN AIR.


LANGKAH KETIGA (PERMULAAN IKAN MENGAWAN)

PERHATIKAN IKAN DALAM SEMASA KE SEMASA. BUIH AKAN DIHASILKAN JANTAN  PADA BAWAH PLASTIK ATAU DAUN YANG ADA PADA PERMUKAAN AIR. BUIH TERSEBUT BERFUNGSI SEBAGAI TEMPAT IKAN JANTAN MELETAKKAN TELUR HASIL MENGAWAN DENGAN INDUK BETINA. CARA MELIHAT INDUK BETINA BERSEDIAUNTUK MENGAWAN IALAH INDUK BETINA AKAN BERADA DI PERMUKAAN AIR.

LANGKAH KEEMPAT (SAAT IKAN LAGA MENGAWAN)

KEBIASAANYA IKAN LAGA AKAN MELALUI PROSES MENGAWAN SELEPAS TEMPOH 1HARI DAN KEATAS DILETAKKAN DALAM SATU BEKAS. IKAN JANTAN KELIHATAN SEOLAH-OLAH MENGEPIT IKAN BETINA KEMUDIAN TELUR AKAN TERHASIL. PROSES TERSEBUT AKAN BERULANG SEHINGGA TELUR KELIHATAN BERKURANGAN ATAU TIADA LAGI TELUR YANG DAPAT DIHASILKAN.

LANGKAH KELIMA(SELEPAS PROSES IKAN LAGA MENGAWAN)

INDUK BETINA PERLU DIASINGKAN SECEPAT MUNGKIN DARI TELUR DAN JANTAN KERANA INDUK BETINA AKAN MEMAKAN TELUR-TELUR HASIL MENGAWAN DENGAN INDUK JANTAN. TELUR TERSEBUT KEBIASAANYA AKAN MENETAS DALAM TEMPOH 1HARI ATAU 24JAM. BIARKAN ANAK IKAN TERSEBUT DALAM SATU BEKAS BERSAMA INDUK JANTAN. INDUK JANTAN TERSEBUT AKAN MENJAGA ANAK IKAN TERSBUT SEHINGGA ANAK IKAN PANDAI BERENANG. KEMUDIAN PINDAHKAN INDUK JANTAN KEDALAM BEKAS LAIN UNTUK MENGELAK ANAK IKAN TERSEBUT DIMAKAN.


SELAMAT MENCUBA…

0 Comment(s) PAST |