// M U A Z
M U A Z Z A
pengenalan betta
ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT

alhamdulillah final exam sudah berlalu dan hari raya aidiladha juga sudah selamat kita tempuhi. 
sekarang sudah tiba masanya untuk menjalankan hobi macam biasa.. :D

post kali ini bertujuan menerangkan serba sedikit pengenalan berkaitan ikanlaga@bettafish

Bagi peminat ikan hiasan kali ini saya ingin berkongsikan sedikit pengenalan berkenaan jenis betta  @ ikan laga yang sejenis ikan hiasan. Kebiasaanya  ikan ini mempunyai tempoh jangka hayat selama 2 tahun dan ikan ini juga mudah dibiakkan melalui langkah dan cara yang betul. Ikan ini juga mempunyai pelbagai jenis mengikut warna dan ekor. Kebiasaan ikan laga jantan mempunyai bentuk yang menarik dan ramai peminat ikan hiasan menyukainya berbanding ikan laga betina yang kebiasaannya digunakan untuk dibiakkan. 

crown tail - jenis ekor betta yang seolah-olah kelihatan tajam

dragon - ia dipanggil jenis dragon disebabkan pewatakan betta ini kelihatan lebih garang  dan jenis betta dragon mempunyai ekor merah dan hitam di atas kepala


fancy -betta jenis ini boleh dikenal pasti mengikut campuran warna yang tidak teratur pada betta tersebut. kebiasaannya dari apa yang saya tahu harga fancy bergantung kepada jumlah warna yang ada pada betta tersebut. lebih banyak campuran warna lebih tinggi nilainya. 

halfmoon double tail - ia dipanggil sedemikian disebabkan ekor betta ini seolah-olah mempunyai dua ekor dan ekornya kelihatan besar.

plakat- betta jenis mumpunyai ekor yang pendek, dan betta ini ialah betta paling mudah dijaga, dibiakkan dan fighter. dan jenis ini juga boleh dikenali sebagai halfmon plakat kerana ekornya seperti separa bulan tetapi tidak besar. 

halfmoon - betta jenis ini paling susah nak dibesarkan dan nilainya agak tinggi kerana perlu penjagaan rapi. betta jenis ini sangat cantik dan ia dipanggil sebegitu kerana ekornya sepeti separa bulan.



plakat double tail - ia dipanggil sedemikian kerana ekornya yang pendek dan bercabang seperti mempunyai 2 ekor.

superwhite- betta jenis ini mempunyai warna keseluruhan badan berwarna putih.

super black- mempunyai warna badan sepenuhnya hitam

super red - mempunyai warna pada badan sepenuhnya merah

Sebenarnya terdapat banyak lagi yang mungkin saya tidak tahu, tetapi itulah sedikit sebanyak pengenalan berkaitan betta yang saya tahu. 

sekian terima kasih. >.<


0 Comment(s) PAST | PRESENT
|